10 TIPS UNTUK MEMBELI RUMAH  PERTAMA :)

Ramai yang cakap nak buat pembiayaan perumahan pertama sangat susah. Sebenarnya,taklah susah sangat apabila korang tahu caranya.

Jadi, jom belajar macam mana caranya.



1. Tambahkan ilmu

Belajar tentang ilmu hartanah sedikit sebanyak .Jangan berkira nak keluarkan duit demi ilmu hartanah ,tak rugi pon.
.
2. Duit Pendahuluan

Nak beli rumah mesti ada duit pendahuluan. Takkan nak beli guna senyuman menawan korang je. Selalunya ,10% duit pendahuluan diperlukan untuk membeli rumah .Jadi, korang kena letak bajet dalam 15%, untuk kos guaman, kos duti setem pon kena kira jugak. Tapi,ISTIMEWA DI MK LAND dengan hanya RM150 wang pendahuluan anda dah boleh beli rumah impian anda. PERCUMA lgi kos guaman,kos duti setem dan kos perjanjian jual beli. Best kann??? 

.
3. Baiki laporan CCRIS

Semak laporan CCRIS. Pastikan laporan CCRIS korang cantik dengan nombor 000 je. Yang takda laporan CCRIS,elok ada dulu.Paling senang mohon kad kredit ataupun buat ASB financing RM50k. Dah ada laporan CCRIS boleh terminate jika ia menggangu DSR.


Kenapa perlu cipta CCRIS? Bank tak kenal kau siapa. Dengan rekod CCRIS, bank dapat menilai karektor pembayaran balik korang. Adakah kau seorang yang berdisiplin ataupun culas.

.
4. Bajet


Kaji dulu kemampuan ekonomi korang. Boleh walk in ke bank untuk tahu kelayakan pembiayaan perumahan .Nak senang untuk tahu anggaran pembiayaan perumahan boleh whatsapp je www.wasap.my/6013474928

.
5.Nisbah Hutang kepada Pendapatan@ DSR

Perkara asas ini korang perlu tahu.Bank akan tengok DSR korang utk meluluskan permohonan pembiayaan perumahan. Pastikan DSR tak melebihi 60%.

.
6. Periksa Lokasi

Lokasi yang bagus,harga pun bagus juga.Jika ada pilihan rumah yang mempunyai akses yang mudah dan strategik boleh dijadikan pilihan rumah kediaman atau pelaburan.Lebih penting lagi, lokasi pilihan rumah tersebut bebas daripada bencana alam seperti banjir ataupun selalu menghadapi masalah tiada bekalan air.


7. Tahu jenis hartanah

  1. Rumah bertanah - harga lebih tinggi,nilai pasaran rumah cepat meningkat.
  2. Rumah bertingkat( kondominium/apartment)-harga mampu dimiliki. Lebih kepada aliran tunai dengan bayaran penyewa.

8. Tahu Jenis Ikatan Hak Milik
  1. Hak milik individu- rumah bertanah
  2. Hak milik strata-rumah kondominium/apartment
Korang perlu tahu jenis hak milik hartanah . Ada hak milik master yang melebihi 10 tahun menyukarkan proses pemindahan hak milik atau penjualan hartanah. Banyak bank sudah tidak proses pinjaman perumahan jika hartanah berstatus Master melebihi 10 tahun.

9. Tahu jenis Pegangan Hak Milik
  1. Pegangan bebas(Freehold) : Hak milik kekal. Kita mempunyai hak ke atas tanah tersebut untuk selamanya.
  2. Pegangan pajakan(Leasehold) : Hak milik sementara biasanya sehingga 99 tahun. Selepas tamat tempoh pajakan ,hartanah tersebut perlu dipulangkan kepada pihak berkuasa,melainkan tempoh pajakan dilanjutkan dengan membuat bayaran premium.

10.Pemaju

Jika berminat rumah dalam pembinaan,korang perlu lihat akan pemaju tersebut .Perlu kaji rekod pemaju dan prestasi mereka. Selidik sama ada projek terdahulu disiapkan mengikut jadual ataupun tidak.Kaji juga bahan binaan dan kualiti kerja permaju tersebut berdasarkan rekod terdahulu.


Konklusinya ,

Masa muda ni jangan suka hutang sesuka hati. Janganlah beli kereta sampai separuh gaji. Dah beli kereta import mewah mahal-mahal,DSR tinggi. 9 tahun tak boleh beli rumah. Kene tunggu hutang kereta habis dulu.
..
Terima Kasih sbb sudi baca. Moga kawan-kawan boleh dapat manfaat dan input sedikit sebanyak.


Kredit to : Amir Syahir

Comments

Popular Posts